Warga Baharu MAMPU yang datang melapor diri di MAMPU, wajib melalui pendaftaran Warga dan ianya diLULUSkan dalam Sistem SMART. Setelah diluluskan di SMART, satu notifikasi akan dihantar kepada pentadbir iTime untuk persediaan. Pada masa yang sama pentadbir emel akan menyediakan emel rasmi jabatan kepada warga baharu berkenaan
Hanya setelah emel rasmi jabatan telah diperolehi oleh warga baharu berkenaan, proses pendaftaran iTime dapat diteruskan
Setelah emel diperolehi, warga baharu berkenaan akan berurusan dengan pentadbir iTime untuk tujuan temujanji bagi menawan imej jari
Setelah imej jari selesai di ambil, pentadbir iTime seterusnya akan membuat akaun iTime. Warga baharu hendaklah menunggu sehingga satu notifikasi emel dihantar kepada emel rasmi berkenaan sebagai menandakan bahawa akaun Sistem iTime telah dibina dengan rasminya
Warga baharu dimohon untuk membaca emel notifikasi ini kerana ianya mengandungi panduan dan peraturan penggunaan dan pekeliling yang berkaitan